Selamat datang ke Putrajaya FLORIA 2012 - Festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia. Bermula dari 30 Jun - 8 Julai 2012, FLORIA 2012 akan sekali lagi diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.
Dengan lebih daripada 1 juta pengunjung dari seluruh dunia
pada tahun lepas (FLORIA 2011), kami kembali dengan festival yang lebih
menarik dan berwarna-warni yang pasti memikat hati pengunjung. FLORIA
2012 akan mempersembahkan pameran daripada industri hortikultur; produk
landskap komersil hingga ke pameran rekabentuk taman serta pameran
bunga. Pengunjung yang hadir pasti terpukau dan terpesona dengan hasil
dekorasi hamparan taman-taman bunga indah pelbagai warna, hiasan pintu
gerbang dan laluan bunga-bungaan yang
diatur dengan pelbagai susunan kreatif beserta rekabentuk landskap yang sangat unik.
Bertemakan “Bunga Kertas - Tetap Menawan”, FLORIA 2012 akan
mempamerkan koleksi terbesar bunga kertas yang pernah dipamerkan
di Malaysia dalam suasana taman.
Marilah beramai-ramai berkunjung ke FLORIA 2012 dan menghayati
kemeriahan serta keindahan festival yang penuh berwarna-warni !
petikan dari : http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floriabm.html
Home »
» Festival Bunga Dan Taman Putrajaya 2012
Festival Bunga Dan Taman Putrajaya 2012
Related posts:
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment