SAYA masih remaja dalam lingkungan usia 20 tahun. Saya memiliki zakar
bersaiz ukur lilit lebih kurang sembilan sentimeter. Apa yang
merunsingkan saya, adik lelaki saya yang berusia 15 tahun memiliki alat
sulit lebih besar.
Saya ingin tahu, apakah ada cara untuk menambah saiz zakar tanpa menggunakan alat tertentu? Apakah saya sebenarnya mempunyai masalah dengan zakar saya? Saya pernah melihat saiz zakar seorang lelaki bangsa asing di internet cukup panjang, apakah ini ada kaitan dengan genetik?
SAUDARA memiliki saiz panjang zakar yang normal. Malah saiz zakar lelaki semasa ereksi secara purata antara empat hingga enam inci dengan ukur lilit antara empat hingga enam sentimeter.
Kepanjangan zakar berbeza antara individu dan berbeza dari segi saiz semasa tiada ereksi (flaccid) dan ketika ereksi. Kajian menunjukkan seorang lelaki yang mempunyai zakar panjang semasa keadaan flaccid, mencatat penambahan kepanjangan sedikit semasa ereksi berbanding mereka yang memiliki saiz zakar pendek semasa flaccid.
Saudara tidak perlu gusar mengenai perbezaan saiz zakar dengan adik yang berumur 14 tahun. Saudara perlu tahu saiz zakar bukannya faktor utama menentukan kepuasan pasangan saudara.
Untuk makluman saudara, saiz batang zakar boleh dipengaruhi faktor keturunan dan bangsa seseorang. Jika seseorang berbadan besar, tinggi dan kurus seperti bangsa Afrika dan Eropah, kebanyakan daripada mereka boleh memiliki saiz batang zakar panjang.
Saya nasihatkan saudara tidak membandingkan saiz batang zakar dengan apa yang dipaparkan di internet. Kesahihan gambar terbabit boleh dipertikaikan.
Bagaimanapun, hubungan seks yang hebat tidak memerlukan batang zakar panjang dan besar. Ia banyak bergantung kepada cara saudara melayan pasangan dan memenuhi kehendak seksualnya.
Batang zakar besar dan panjang selalunya mempunyai masalah dalam mengekalkan aliran darah. Ini menyebabkan kekerasannya tidak sebaik batang zakar pendek.
Saya nasihatkan saudara usah terpengaruh dengan iklan mendakwa pelbagai rawatan boleh dilakukan untuk membesarkan zakar. Dari pandangan perubatan moden, kaedah terbabit tidak akan dapat memanjangkan batang zakar. Malah, boleh mendatangkan kemudaratan dan membazirkan wang saja.
# Tanya Doktor Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras. Anda musykil atau bimbang masalah kesihatan boleh menjejaskan kelakian diri? Dr Zulkifli akan memberi pandangan dan membantu menyelesaikan masalah anda. Hantarkan soalan kepada Pengelola Ruangan Tanya Doktor, XY - Ikon Lelaki, Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel tanyadrxy@bharian.com.my.
sumber http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Idamsaizbesar/Article/index

Post a Comment